RFID adalah salah satu teknologi yang menggantikan bar code kepada chip dan mula diaplikasikan pada tahun 1980. RFID ini bukan sahaja boleh menyimpan data malah boleh menghantar data.
Ia merupakan teknologi yang melibatkan tag yang memancarkan isyarat radio dan ‘reader’ yang akan menerima isyarat.
RFID boleh dipasang atau dilekatkan kepada sebuah produk, haiwan atau manusia dengan tujuan untuk mengenalpasti identiti atau sebagainya dengan menggunakan gelombang radio.
Proses RFID
RFID bukan sahaja terlibat dalam inventory malah mempunyai banyak penggunaanya. Ia juga adalah salah satu kaedah yang menjimatkan kos dan memudahkan syarikat kendalikan sesuatu bahan.
• RFID reader yang digantikan kepada pengganti kunci di pintu rumah atau kenderaan dan mengeluarkan gelombang radio. Sebuah chip RFID akan dimasukkan no seri (atau data yang sesuai untuk jenis RFID)
• RFID tag akan mengirimkan kod yang terdapat dalam memori ID Chip melalui antena yang terpasang di tag. Jika sesuai, RFID reader akan membuka kunci.
• Jika terdapat masalah kecurian, RFID akan membuat kod kunci yang baru. Kod yang baru ini akan disimpan ke memori RFID reader dan dikirimkan ke RFID tag yang akan disimpan di memori ID Chip.
Tag akan diletakkan di produk dan akan dikesan dengan reader.
Komponen RFID
RFID terdiri atas 3 komponen iaitu :
1. Tag RFID,terdapat dalam bentuk stiker, kertas atau plastik dengan pelbagai saiz. Di dalam setiap tag ini terdapat chip yang mampu menyimpan informasi tertentu.
Contoh RFID tag.
2. Terminal Reader RFID, terdiri daripada RFID-reader dan antena yang akan mempengaruhi jarak. Terminal RFID akan membaca atau mengubah informasi yang tersimpan didalam tag melalui frekuensi radio. Terminal RFID berhubung secara langsung dengan sistem Host Komputer.
Contoh Terminal reader RFID
3. Host Komputer, sistem komputer yang mengaturkan informasi dari item-item yang terlibat dalam lingkup sistem RFID antara tag dan reader. Host komputer akan berhubung ke jaringan LAN / Internet untuk komunikasi dengan server.
RFID PASIF DAN AKTIF
• RFID Pasif
RFID tag yang pasif tidak memiliki power supply sendiri. Respon dari suatu RFID yang pasif biasanya sederhana, hanya nombor ID saja. Dengan tiadanya power supply pada RFID tag yang pasif maka akan menyebabkan semakin kecilnya saiz RFID tag yang mungkin dibuat. Beberapa RFID komersial yang boleh diletakkan di bawah kulit. Pada tahun 2005, RFID tag terkecil berukuran 0.4 mm x 0.4 mm telah dicipta. Dengan saiz yg kecil tersebut, ia tidak dapat dilihat dengan mata. RFID tag yang pasif ini memiliki jarak jangkauan mulai dari 10 mm sampai dengan 6 meter. RFID tag yang pasif harganya lebih murah dan tidak bergantung pada bateri.
• RFID aktif
RFID tag yang aktif, harus memiliki power supply sendiri dan memiliki jarak jangkauan yang lebih jauh. Memori yang dimilikinya juga lebih besar sehingga boleh menampung berbagai macam informasi didalamnya. Jarak jangkauan dari RFID tag yang aktif ini boleh menjangkau sampai sekitar100 meter dan dengan umur bateri yang tahan beberapa tahun lamanya.
Aplikasi RFID di Hypermarket dan di Tempat letak kenderaan
RFID akan digunakan di hypermarket dengan melekatkan tag tersebut di setiap produk yang dijual. Di bawah adalah contoh penggunaan RFID di hypermarket di mana pengguna tidak mengambil masa yang lama pada waktu pembayaran.
Contoh yang lain adalah parkir kereta RFID yang digunakan untuk memudahkan pengguna untuk memasuki tempat letak kereta dan sebagainya
Kelebihan dan Kelemahan RFID
Kelebihan
- Data yang dapat ditampung adalah banyak.
- Ukuran sangat kecil (untuk jenis pasif RFID) sehingga boleh ditanam dimana-mana
- Bentuk dan design yang flexibel sangat mudah untuk dipakai dipelbagai tempat dan kegunaan.
- Pembacaan maklumat sangat mudah, kerana tidak mempengaruhi pembacaan, seperti sering terjadi pada barcode.
- Jarak pembacaan yang flexibel bergantung pada antena dan jenis chip RFID yang digunakan. Seperti contoh smartag pada tol, pengiraan stok,dan access gate.
- Kepantasan dalam pembacaan data.
Kelemahan
- Akan terjadi kekacauan malumat jika terdapat lebih daripada 1 chip RFID melalui 1 alat pembaca secara serentak.
- Jika terdapat freq overlap (dua freq dari pembaca berada dalam satu area) dapat memberikan informasi data yang salah pada komputer/pengolah data.
- Gangguan akan terjadi jika terdapat freq lain yang dipancarkan oleh peralatan lainnya yang bukan diperuntukkan untuk RFID, sehingga chip akan merespon freq tersebut (freq Wifi, handphone, radio pemancar, dll)
- Privasi seseorang tidak selamat, kerana siapa saja dapat membaca informasi dari diri seseorang dari jarak jauh jikalau seseorang tersebut memiliki alat pembaca.